Monday, 12 January 2015

Talam Seri Muka Pandan


Gambar Sekadar Hiasan



Talam Seri Muka Pandan



Bahan2 Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp garam halus



Cara-cara:

Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang size 9"x9"x4" yang dialas plastik.




Bahan2 Lapisan Atas:


Bahan A:

250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
400 ml santan pekat
350 ml air
20 gm daun pandan (dikisar dengan air diatas.
kemudian tapis.)


Bahan B:

4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp pandan essence
pewarna hijau- secukupnya


Cara-cara:

Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap jer.
Tuang keatas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
*Pastikan Talam betul2 sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang.



Selamat Mencuba!!!

Pulut Sekaya


Gambar Sekadar Hiasan




Pulut Sekaya


Bahan-bahan:

Lapisan Atas:

5 biji telur
3 ketul gula melaka
2 SB gula
1 cawan air
1 SB minyak masak
Daun pandan


Lapisan Bawah:

1 1/2 cawan pulut
1 cawan santan pekat
sedikit garam



Cara-cara:

Lapisan Bawah:

1. Basuh dan toskan beras pulut.Rendam semalaman(Kalau nak lagi cepat, rendam dalam air mendidih selama 15 minit)

2.Toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang pengukus. Masukkan santan yang dikacau dengan sedikit garam.Pastikan pulut terendam sepenuhnya oleh santan.

3.Kukus sehingga masak.Setelah masak, tekan pulut hingga padat(Saya tak tekan padat sangat sebab bila lapisan atas diletak, ia akan menyerap ke dalam pulut, kuih jadi lebih sedap, terpulang kepada individu k)


Lapisan atas:

1. Cairkan gula melaka, air dan gula sehingga larut dan menggelegak.Letak bersama beberapa helai daun pandan.Setelah larut, tutup api dan tapis.biarkan sejuk

2. Pukul telur menggunakan hand whisk dan masukkan larutan gula melaka tadi.Pukul sebati dan masukan minyak masak. pukul lagi dan kacau sebati

3. Masukkan adunan ke atas pulut yang dikukus tadi dan kukus lagi lebih kurang setengah jam atau sehingga masak.Sedia dihidang.



Selamat Mencuba!!!

Oreo Goreng


Gambar Sekadar Hiasan



Oreo Goreng


Bahan-bahan :

1/2 cawan susu putih segar (contoh : dutch lady full cream)
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega cair
1/2 sudu kecil garam (kalau menggunakan salted butter,tak perlu taruk garam ni)
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 packet yg panjang biskut Oreo ( dalam 15 keping )
minyak untuk menggoreng



cara-cara :

1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali biskut Oreo.
2. Gaul rata sampai tidak bergentel. Kalau adunan terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi susu tapi jangan sampai adunan cair.
3. Salutkan biskut Oreo kedalam adunan tepung dan goreng hingga agak kecoklatan. Angkat & tapiskan minyak.
4. Jika mahu, boleh taburkan gula icing keatas Oreo goreng sebelum makan.

* Api jangan terlalu besar nanti tepung hangus..




Selamat Mencuba!!!

Cucur Bawang


Gambar Sekadar Hiasan




Cucur Bawang


Bahan-bahan:

330g tepung gandum (atau 3 cawan)
1 biji bawang besar* (kami x blend pon, hat ni kami potong dadu ja)
50g udang geragau kering* (ikan bilis pun boleh)
1/2 cawan air paip*
1 cmt garam halus
2 cawan air panas menggelegak (kami boh 3 cawan air panas menggelegak)
Kucai (kami saja tambah kucai.. he3)
Serbuk kunyit



Cara-cara:

1.Blend bahan yg bertanda * hingga halus, tuang dalam bekas mengadun
2. Masukan tepung dan garam, gaul rata.
3. Tuang air panas, gaul hingga rata juga
4. Itu saja, siap untuk digoreng.



Selamat Mencuba!!!

Cakoi


Gambar Sekadar Hiasan



Cakoi



Bahan-bahan:

400 gram tepung
gandum
1 cawan air
1 sudu marjerin
(cairkan )
secukup garam
3 sudu gula pasir
1 sudu susu pekat
manis
1 biji kuning telur
2 sudu yis kering
1/2 sudu soda bicarbonat



Cara-cara :

Dalam mangkuk,campurkan semua bahan (kecuali tepung ),kacau sebati,masukan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli,uli doh hingga lembut dan tak melekat ditangan..doh mesti lembut.
rehatkan doh selama 30 minit tutup dgn kain lembab.
canai doh bentuk persegi,tebal 1/2 cm,potong panjang kemudian tindih dgn lidi bersih/chop stik..
goreng hingga kekuningan.



SOS Kastard :
1 1/2 sb tepung
kastard
1 1/2 cwn santan
1/2 cwn air
kosong
secubit garam
5 sb gula pasir
2 helai daun
pandan
sedikit pewarna hijau
Masukan smua bahan dlm periuk,masak atas api sederhana,kacau hingga bancuhan likat dan berkilat.



Selamat Mencuba!!!

Bingka Crackers


Gambar Sekadar Hiasan



BINGKA CRACKERS

Bahan-bahan:

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak (Saya suggest HUP SENG)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas (optional jer)


Cara-cara 1:

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter


Cara-cara 2:

1. Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur - guna blender..hehehehe
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3. Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
4. Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.
5.Baki adunan di letakkan pes vanilla
6. Tuang adunan vanilla ke dalam loyang
7.Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya
8.Guna belakang sudu buatkan carikkan marble
bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit
9.Keluarkan dari oven dan tuangkan adunan bewarna hijau
10.Taburkan bijan di atasnya
11.Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
12.Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.



Selamat Mencuba!!!

Apam Susu Horlicks


Gambar Sekadar Hiasan



Apam Susu Horlicks



bahan-bahan :

3 biji telur size besar - suhu bilik
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu besar ovalette
3 sudu besar yogurt putih
1 cawan susu cair (evaporated creamer/evaporated milk)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar serbuk horlicks
1/4 sudu kecil garam
pewarna pilihan




cara-cara :

1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, ovalette, yogurt & gula hingga kembang & pucat.
3. Masuk kan tepung, susu cair & garam. Gaul had kelajuan rendah hingga sebati.
4. Masuk kan horlicks & gaul had kelajuan rendah.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bubuh pewarna.
6. Tuang adunan pertama kedalam acuan yg telah diminyak kan. Kukus didalam pengukus yg telah mendidih airnya selama 8 minit.
7. Kemudian tuang lapisan kedua & kukus selama 8 minit & lapisan akhir dikukus selama 20 minit atau hingga masak (bergantung pada acuan masing-masing)

*Apam yg dihasilkan lembut & gebu macam kek.


Selamat Mencuba!!!