Gambar Sekadar Hiasan
Bahan-bahan :
1/2 cawan susu putih segar (contoh : dutch lady full cream)
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega cair
1/2 sudu kecil garam (kalau menggunakan salted butter,tak perlu taruk garam ni)
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 packet yg panjang biskut Oreo ( dalam 15 keping )
minyak untuk menggoreng
cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali biskut Oreo.
2. Gaul rata sampai tidak bergentel. Kalau adunan terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi susu tapi jangan sampai adunan cair.
3. Salutkan biskut Oreo kedalam adunan tepung dan goreng hingga agak kecoklatan. Angkat & tapiskan minyak.
4. Jika mahu, boleh taburkan gula icing keatas Oreo goreng sebelum makan.
* Api jangan terlalu besar nanti tepung hangus..
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment