Monday, 12 January 2015

Talam Seri Muka Pandan


Gambar Sekadar Hiasan



Talam Seri Muka Pandan



Bahan2 Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp garam halus



Cara-cara:

Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang size 9"x9"x4" yang dialas plastik.




Bahan2 Lapisan Atas:


Bahan A:

250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
400 ml santan pekat
350 ml air
20 gm daun pandan (dikisar dengan air diatas.
kemudian tapis.)


Bahan B:

4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp pandan essence
pewarna hijau- secukupnya


Cara-cara:

Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap jer.
Tuang keatas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
*Pastikan Talam betul2 sejuk dahulu sebelum keluarkan dari loyang.



Selamat Mencuba!!!

Pulut Sekaya


Gambar Sekadar Hiasan




Pulut Sekaya


Bahan-bahan:

Lapisan Atas:

5 biji telur
3 ketul gula melaka
2 SB gula
1 cawan air
1 SB minyak masak
Daun pandan


Lapisan Bawah:

1 1/2 cawan pulut
1 cawan santan pekat
sedikit garam



Cara-cara:

Lapisan Bawah:

1. Basuh dan toskan beras pulut.Rendam semalaman(Kalau nak lagi cepat, rendam dalam air mendidih selama 15 minit)

2.Toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang pengukus. Masukkan santan yang dikacau dengan sedikit garam.Pastikan pulut terendam sepenuhnya oleh santan.

3.Kukus sehingga masak.Setelah masak, tekan pulut hingga padat(Saya tak tekan padat sangat sebab bila lapisan atas diletak, ia akan menyerap ke dalam pulut, kuih jadi lebih sedap, terpulang kepada individu k)


Lapisan atas:

1. Cairkan gula melaka, air dan gula sehingga larut dan menggelegak.Letak bersama beberapa helai daun pandan.Setelah larut, tutup api dan tapis.biarkan sejuk

2. Pukul telur menggunakan hand whisk dan masukkan larutan gula melaka tadi.Pukul sebati dan masukan minyak masak. pukul lagi dan kacau sebati

3. Masukkan adunan ke atas pulut yang dikukus tadi dan kukus lagi lebih kurang setengah jam atau sehingga masak.Sedia dihidang.



Selamat Mencuba!!!

Oreo Goreng


Gambar Sekadar Hiasan



Oreo Goreng


Bahan-bahan :

1/2 cawan susu putih segar (contoh : dutch lady full cream)
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega cair
1/2 sudu kecil garam (kalau menggunakan salted butter,tak perlu taruk garam ni)
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 packet yg panjang biskut Oreo ( dalam 15 keping )
minyak untuk menggoreng



cara-cara :

1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali biskut Oreo.
2. Gaul rata sampai tidak bergentel. Kalau adunan terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi susu tapi jangan sampai adunan cair.
3. Salutkan biskut Oreo kedalam adunan tepung dan goreng hingga agak kecoklatan. Angkat & tapiskan minyak.
4. Jika mahu, boleh taburkan gula icing keatas Oreo goreng sebelum makan.

* Api jangan terlalu besar nanti tepung hangus..




Selamat Mencuba!!!

Cucur Bawang


Gambar Sekadar Hiasan




Cucur Bawang


Bahan-bahan:

330g tepung gandum (atau 3 cawan)
1 biji bawang besar* (kami x blend pon, hat ni kami potong dadu ja)
50g udang geragau kering* (ikan bilis pun boleh)
1/2 cawan air paip*
1 cmt garam halus
2 cawan air panas menggelegak (kami boh 3 cawan air panas menggelegak)
Kucai (kami saja tambah kucai.. he3)
Serbuk kunyit



Cara-cara:

1.Blend bahan yg bertanda * hingga halus, tuang dalam bekas mengadun
2. Masukan tepung dan garam, gaul rata.
3. Tuang air panas, gaul hingga rata juga
4. Itu saja, siap untuk digoreng.



Selamat Mencuba!!!

Cakoi


Gambar Sekadar Hiasan



Cakoi



Bahan-bahan:

400 gram tepung
gandum
1 cawan air
1 sudu marjerin
(cairkan )
secukup garam
3 sudu gula pasir
1 sudu susu pekat
manis
1 biji kuning telur
2 sudu yis kering
1/2 sudu soda bicarbonat



Cara-cara :

Dalam mangkuk,campurkan semua bahan (kecuali tepung ),kacau sebati,masukan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli,uli doh hingga lembut dan tak melekat ditangan..doh mesti lembut.
rehatkan doh selama 30 minit tutup dgn kain lembab.
canai doh bentuk persegi,tebal 1/2 cm,potong panjang kemudian tindih dgn lidi bersih/chop stik..
goreng hingga kekuningan.



SOS Kastard :
1 1/2 sb tepung
kastard
1 1/2 cwn santan
1/2 cwn air
kosong
secubit garam
5 sb gula pasir
2 helai daun
pandan
sedikit pewarna hijau
Masukan smua bahan dlm periuk,masak atas api sederhana,kacau hingga bancuhan likat dan berkilat.



Selamat Mencuba!!!

Bingka Crackers


Gambar Sekadar Hiasan



BINGKA CRACKERS

Bahan-bahan:

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak (Saya suggest HUP SENG)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas (optional jer)


Cara-cara 1:

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter


Cara-cara 2:

1. Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur - guna blender..hehehehe
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3. Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
4. Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.
5.Baki adunan di letakkan pes vanilla
6. Tuang adunan vanilla ke dalam loyang
7.Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya
8.Guna belakang sudu buatkan carikkan marble
bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit
9.Keluarkan dari oven dan tuangkan adunan bewarna hijau
10.Taburkan bijan di atasnya
11.Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
12.Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.



Selamat Mencuba!!!

Apam Susu Horlicks


Gambar Sekadar Hiasan



Apam Susu Horlicks



bahan-bahan :

3 biji telur size besar - suhu bilik
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu besar ovalette
3 sudu besar yogurt putih
1 cawan susu cair (evaporated creamer/evaporated milk)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar serbuk horlicks
1/4 sudu kecil garam
pewarna pilihan




cara-cara :

1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, ovalette, yogurt & gula hingga kembang & pucat.
3. Masuk kan tepung, susu cair & garam. Gaul had kelajuan rendah hingga sebati.
4. Masuk kan horlicks & gaul had kelajuan rendah.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bubuh pewarna.
6. Tuang adunan pertama kedalam acuan yg telah diminyak kan. Kukus didalam pengukus yg telah mendidih airnya selama 8 minit.
7. Kemudian tuang lapisan kedua & kukus selama 8 minit & lapisan akhir dikukus selama 20 minit atau hingga masak (bergantung pada acuan masing-masing)

*Apam yg dihasilkan lembut & gebu macam kek.


Selamat Mencuba!!!

Kek Kukus Coklat Lembap



Gambar Sekadar Hiasan



Bahan A:

1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat




Bahan B:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder




Bahan C:

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)




Cara membuatnya:

1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.

3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.






Topping Coklat 1:

Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter


Cara-caranya:

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..




Topping Coklat 2:

Bahan-bahan:

1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak



Cara-caranya:

1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..




Topping Coklat 3:

Bahan-bahan:

250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream



Cara-caranya:

1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..




Topping Coklat 4:

Bahan-bahan:

1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik



Cara-caranya:

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..




Topping Coklat 5:


Bahan-bahan:

200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas


Cara-caranya:

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..



Selamat Mencuba!!!

Coffee Milkshake


Gambar Sekadar Hiasan



Coffee Milkshake


bahan-bahan :

3/4 cawan susu segar (susu kotak) - sejuk
1 cawan non-dairy whipping cream - sejuk
2 sudu besar serbuk kopi segera
1 paket serbuk hot chocolate mix atau serbuk milo
15 ketul ice



cara-cara :

1. Masuk kan kesemua bahan di dalam blender. Blend hingga ice hancur.
2. Hias ikut suka & sedia di minum. Hidangan untuk 2 orang.
(Anda boleh hias coffee milkshake anda mengikut kreativiti anda)


Selamat Mencuba!!!

Oreo Cupcake


Gambar Sekadar Hiasan


Oreo Cupcakes


bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum (200g)
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan gula halus (100g)
1/2 cawan butter (115g) - suhu bilik
1/2 cawan susu kotak (125ml)
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur size besar - suhu bilik
10 keping Oreo - dihancurkan
kepingan biskut Oreo yg secukupnya (tambahan)



cara-cara:

1. Ayak tepung, baking powder & garam.
2. Masuk kan kesemua bahan kecuali Oreos, kedalam 1 bekas.
3. Pukul dengan mixer selama 3 minit hingga sebati.
4. Matikan mixer, masuk kan Oreos hancur. Gaul rata - tak perlu guna mixer lagi dah.
5. Susun mangkuk kertas di dalam muffin pan. Letak kan sekeping biskut Oreo didalam setiap paper cup.
6. Bubuh adunan cupcake hingga ke paras 3/4 & bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 20 minit atau hingga kecoklatan.
(Anda boleh menghias oreo cupcake anda mengikut citarasa anda sendiri)



Selamat Mencuba!!!

Lollipop Cookies


Gambar Sekadar Hiasan



Biskut Lollipop


bahan-bahan :

2 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
170g butter - suhu bilik
85g cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 atau 4 pewarna & perisa yg anda suka
lidi lollipop secukupnya

cara-cara :

1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul butter, garam, gula & cream cheese hingga kembang.
3. Masuk kan telur, esen vanila. Pukul hingga sebati.
4. Masuk kan tepung & gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian. Setiap bahagian dibubuh warna & perasa ikut suka.
6. Bungkus adunan dengan plastik wrap kemudian masuk kan kedalam peti sejuk selama 2 jam.
7. Setelah 2 jam, ambil sedikit bahagian dari setiap warna & cantumkan menjadi bebola.
8. Roll bebola hingga menjadi cukup panjang. Kemudian dari satu bahagian hujung, gulungkan hingga seperti bentuk lollipop.
9. Letak kan diatas dulang pembakar yg telah dialas dgn kertas pembakar & jarak kan. Cucuk kan lidi.
10. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (atau adjust timing membakar ikut oven masing-masing) .


Selamat Mencuba!!!

Sunday, 11 January 2015

Bubur Kacang Hijau


Gambar Sekadar Hiasan


Bubur Kacang Hijau



Bahan-Bahan:

2 cawan kacang hijau (rendam lebih kurang 3-4 jam)
200 ml santan
sedikit air
2 keping gula melaka
2 sudu gula
sedikit garam
2 sudu sagu(rendam dahulu)
1 helai daun pandan


Cara-Cara:

1) Masukkan kacang hijau bersama sedikit air dan letakkan daun pandan, sagu dan gula melaka.
2) Setelah kacang telah empuk, masukkan santan dan sedikit garam.
3) Boleh dihidang bersama biskut cream crackers/roti.



Selamat Mencuba!!!

Ayam Panggang Ala Jepun

 

Gambar Sekadar Hiasan

Ayam Panggang Ala Jepun


Bahan-bahan:

400 gm kepak ayam (dipotong dua )
Daun bawang (hiasan)



Bahan Sos:

350 ml air
250 gm gula
275 ml Kikoman Soyu (boleh diganti dengan kicap cair)
25 ml madu
1 sudu teh tepung jagung



Cara Memasak:

1. Masukkan air, gula, Kikoman Soyu dan madu ke dalam periuk. 
2. Masak selama 25 minit menggunakan api kecil.
3. Untuk memekatkan sos, masukkan sedikit tepung jagung. Ketepikan.
4. Panaskan pemanggang ajaib dan panggang ayam menggunakan api kecil sehingga separuh masak.
5. Kemudian sapukan sos tadi dan panggang lagi sehingga ayam masak. 
6. Sedia untuk dinikmati.


Selamat Mencuba!!!

Rendang Ayam & Ketupat Palas Segera


Gambar Sekadar Hiasan


Rendang Ayam & Ketupat Palas Segera


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 4 ulas
2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Lada kering segenggam
6 btg serai dihiris
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisek
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut dicarik
Asam keping 1
Garam dan gula


Cara-cara:

1. kisar lada kering yang dah di rebus,
2. Kisar sekali bawang2,halia,lengkuas,serai dan kunyit.(kisar halus.)
3. Tumis bahan kisar tadi dalam kuali dengan minyak lebih sedikit..sampai naik bau
4. Masukkan lada dalam mesin kisar,biarkan sekejap
5. Kemudian masukkan ayam..kecikkan api,tutup kuali dengan tudung periuk ,sampai ayam kecut dan masak.
6. Msukkan santan,daun kunyit dan daun limau,.
7. Masukkan kerisik,gaul sempurna..bubuh asam keping sedikit serta garam dan gula sesedap rasa.
8. Masak sampai kuah agak pekat nampak kering dan naik minyak.


Untuk ketupat palas segera,just masak ikut arahan pada packing,, Dah siap..

Selamat Mencuba!!!

Paprik Ayam Style Kak Zue


Gambar Sekadar Hiasan



Paprik Ayam Style Kak Zue

Oleh:Zue Taqwallah



Bahan-bahan:

1 ekor ayam  (dipotong kecil)
1 batang lobak merah  (potong kecil)
5 btg anak jagung  (potong dua)
5 btg kacang panjang  (potong kecil)
seketul kecil bunga kobis  (potong kecil)
4 biji cili merah  (dihiris)
1 batang daun saderi  (dipotong)
3 sudu makan cili boh#
6 biji cili padi  ( diketuk sikit)#
5 biji bawang kecil  (ditumbuk)
1 inci halia  (dihiris)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)#
1 batang serai  (diketuk)#
1 biji bawang besar  (potong dadu)#
2 sudu makan pes tom yam#
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
5 helai daun limau purut (disiat)
3 cawan air
2 sudu kecil tepung jagung yg bancuh sedikit air (jika suka kuah pekat)
garam secukup rasa



Cara-cara:

1. Tumiskan semua bahan bertanda # hingga naik bau.
2 .Masukkan sos tiram,kicap manis,garam gaul sebati.
3. Masukkan ayam,air biar reneh dan ayam empuk.
4. Masukkan semua bahan sayuran dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan bancuhan air tepung jagung.biar seketika hingga pekat.



Take Note ;

Ayam bole digantikan dgn daging atau seafood
Jika tidak suka terlalu pekat jgn gunakan tepung jagung
Sayuran bole ditambah jenis lain ikut suka spt tomato,brokoli
Bole juga guna kiub tomyam (2biji) jika tidak suka pes tom yam


Selamat Mencuba!!!

Ayam Panggang Kicap Lee Kum Kee bermadu


Gambar Sekadar Hiasan




Ayam Panggang Kicap Lee Kum Kee bermadu

Bahan2:

3 paha ayam
4 sudu besar kicap cair Lee Kum Kee. (Label warna merah.)
2 camca besar kicap manis ABC
1 sudu teh lada putih
Setengah sudu teh rempah 5 spice. (Dapatkan dari kedai runcit cina.)
2 sudu besar jus halia
1 sudu teh kicap pekat


Caranya:

1. Gaul semua bahan dan perap ayam semalaman.
2. Bubuh dalam peti sejuk dan dan jangan ditutup.
3. Udara kering dalam peti sejuk akan mengeringkan ayam.
4. Panaskan ketuhar 180 celsius.
5. Sapu madu pada ayam dan bakar selama 30 minit.
6. Ayam masak sekiranya boleh dicucuk dengan lidi dengan mudah.



Selamat Mencuba!!!

Ayam masak sambal nenas


Gambar Sekadar Hiasan



Ayam masak sambal nenas


Bahan 1:

3 kepak ayam( potong sederhana kecil)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya



Bahan 2:

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/4 gelas cili boh
1 inci halia
1 batang serai
1 mangkuk kecil nenas yang sudah d potong
 garam dan gula secukupnya




Caranya:

1. gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. gorengkan ayam tadi.
3. blend semua bahan 2 kecuali nenas dan serai
4. panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis sedikit bawang merah dan serai
5. masukkan bahan kisar,gaul dan biarkan sekejap sampai naik bau. Tambahkan air sedikit jika kuah nampak pekat.
6. masukkan ayam dan gaul. Kemudian biarkan sekejap.
7. masukkan nenas dan bahan hiasan lain jika perlu.
8. masukkan garam dan gula,Gaul dan tunggu sehingga minyak naik sedikit.

Dan Siaaapp!!

Selamat Mencuba!!!

Ayam Masak Bali

Mesti banyak wanita2 di luar sana yang suka masak.. Yang tak pandai masak pun mesti ada plan nak masak kan? hihi.. Ni first blog Nadh pasal masak2. Nadh pun tak 'terer' hal masak2 ni. So,Nadh pun copy paste dari semua sumber2 yang Nadh jumpa. Nadh harap,sesiapa yang ingin belajar memasak tu,dapatla sikit2 info dari blog2 Chef.. Cook,cook,cook!!! k.. Sama2 with Nadh belajar masak, hikhikhik.. Chaiyo2 gurlzzz..

First sekali,kita belajar masak AYAM MASAK BALI...







Gambar Sekadar Hiasan




Ayam Masak Bali


Bahan2:

5 ketul ayam
Serai
Daun kari
Sebiji bawang besar#
Seinci lengkuas#
Seinci halia#
Sedikit belacan#
Cili kering#
Asam jawa
Kicap manis kipas udang
Garam
Gula


(Bahan2 yg bertanda # dikisar bersama)



Cara:

1. Goreng ayam dan ketepikan.
2. Tumis serai dan daun daun kari sehingga naik bau
3. Masukkan bahan2 yg dikisar dan tumis sehingga garing
4. Kemudian masukkan air asam jawa, kicap manis, garam n gula.
5. Masukkan ayam dan gaul rata,



Selamat Mencuba!!!!